Ahad, 18 April 2021

RAMADAN SUDAH HARI KE- 6

 Alhamdulillah, sudah di dalam Ramadan.

Masih belum terlambat nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua. Semoga kita semua mendapat kebaikan dan supaya doa kita dimakbulkan. Disamping kita jangan lupa berdoa setiap hari moga Allah mengangkat kembali segala musibah yang menimpa negara kita harini iaitu PENDEMIK COVID19.  

Ramadan kali ni, masih ada bazar, masih ada jualan kuih- muih, masih ada baju Melayu dan Baju Kurung, masih ada tarawih di Masjid dan lain- lain lagi, cumanya kena ikut SOP supaya penularan COVID19 boleh dibendung. 2 3 hari ini kes terus meningkat ke angka 2000++, masih berharap akan ada penurunan menjelang Raya Aidil Fitri yang tidak lama lagi. 

Kesempatan ini, saya nak mengucapkan BERIBU KEMAAFAN KEPADA PEMBACA SEMUA, JIKA ADA SEBELUM INI TERSALAH KATA TERGURIS RASA, MAAF DIPINTA.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...