Jumaat, 9 April 2021

COUNTDOWN RAMADAN 1442H

Dengan izin Allah, insyaAllah akan bertemu Ramadan al Mubarak Tahun ini 2022. Moga kebaikan untuk kita semua dan harapan yang tinggi agar segala musibah yang berlaku beberapa tahun ini iaitu pendemik Covid19 akan hilang sepenuhnya.

Kebiasaannya bagi tahun- tahun sebelum berlakunya ancaman Covid19 ini, kita tentu akan mengambil cuti untuk balik ke kampung untuk berpuasa bersama ibubapa pada awalnya, tetapi alangkah sedih sudah 2 tahun tidak merasa suasana tersebut. Moga2 hujung ramadan ataupun raya dapatlah kita balik ke kampung beraya bersama ibubapa dan keluarga tercinta. InsyaAllah.

Bagaimana persiapan ramadan kali ini? Semestinya ala kadar rasanya memandangkan cara kehidupan kita sedikit sebanyak berubah dipengaruhi dengan ‘Norma Baru’. 

Statistik harian kes Covid19 di Malaysia kini menunjukkan kadar naik turun yang suam2 sahaja dengan purata 1100 kes setiap hari dalam tempoh sebulan ini. Moga2 akan terus mendatar dan menurun.

Apa2pun, jangan lupa yang KITA MASIH BELUM MENANG’ teruskan dengan cara norma baru.

Ok, diucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK.

Saya Syahrul Wahyudin, Tusted Takaful Advisor, Great Eastern Takaful Berhad

KLIK DI SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...