Jumaat, 24 Jun 2011

Copy Paste : Tazkirah Jumaat.



Untuk diri sendiri & orang lain juga:

Kalau husband anda beri anda kebebasan kepada anda untuk tidak tutup aurat,
Itu bukan tanda dia seorang yang cool,liberal dan open minded..
Itu tandanya dia tak sayang dekat anda dan dia tak sayang dekat diri sendiri..

Sama-sama kita fikir2kan..


Tahniah Sahabat Semua..

Baru2 ini PLKU PSSGM ( Pusat Latihan Kajang Utama - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ) telah mengadakan majlis penyerahan bengkong kuning kepada sahabat2 yang telah berjaya dalam ujian kenaikan bengkong yang diadakan. 

Tahniah kepada sahabat2 semua dan tahniah juga buat Cikgu Idris..

Ahad, 19 Jun 2011

Roti Jala Untukmu Hubby

Gunakan bahan2 di bawah:

2 cawan tepung gandum,
2 cawan air,
2 biji telur,
1/4 cawan minyak masak,
sedikit garam,
sedikit kunyit atau pewarna,

dan dengan kaedah di bawah:
1) Blender semua bahan di atas.
2) Panaskan sedikit minyak (nipis2) di atas kuali leper.
3)Secara kreatif, buat jaringan corak di atas kuali leper seperti contoh gambar di bawah.



maka terhasillah ini



dan bolehlah dimakan bersama kari ayam yang di masak cara sendiri atau kuah durian juga yang dimasak cara sendiri. Hubby kata yummy dan tangan capai berkeping2 lagi.

Selamat mencuba & semoga kenyang.

Sabtu, 18 Jun 2011

Sukun Ohh Sukun.. Hajat yang tak kesampaian..

Minggu lepas balik Muar Johor, sempatlah kitorang g jenguk2 kebun belakang rumah arwah nenek Cik Ajaku. Dapat jugak Abg Bad kaitkan buah sukun 6 7 biji dibahagi dengan kami2 seme.. Macam2 lagi yang sempat dikutip kat kebun tu termasuk Ubi Kayu, Selembut, Jering dan Pucuk Ubi.. Banyak jugak buah tangan dapat dibawa balik ke BM untuk stok seminggu makan.. Selembut dan Pucuk Ubi dah selamat dimakan, tinggal Ubi Kayu, Jering dan Sukun.. Plannya nak masak weekend ni.. Ubi Kayu nak rebus dan makan dengan sambal tumis, mesti meletup.. Sukun pula sedapnya kalau digoreng dan dicicah dengan sambal kicap..

Tapi apa yang sedihnya adalah.. SUKUN TELAH ROSAK.. Kuang2.. tak dapatlah Cik Aja Ku masakkan sukun goreng pagi tadi.. Kesian2.. Mesti aritu tak perasan terambil sukun yang mamang dah rosak.  Memang ade sebiji yang dah rosak aritu. Tulah, lain kali check betul2 sebelum ambil ye. Takpelah lain kali balik Muar kita kait lagi hehe..kali ni redha je la sebab bukan rezeki kita..huhu..Nanti kalau dah teringin sangat beli jelah sukun goreng yang orang jual kat tepi2 jalan tu. Takpun pergi mengendeng kat rumah Kak Ude ( die ada jugak bawak balik Sukun dari kampung aritu..kihkihkih ). Itupun kalau masih ada huhu..

Nak tengok tak gambar sukun tu??? Takyahlah nanti korang tak selera nak makan sukun pula...ok lah, itu je nak cerita. Selamat berhujung minggu....













Eh, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... nah tengoklah jugak saper nak tengok ulat, hehe..

Jumaat, 17 Jun 2011

Bukan Kung Fu Panda..Tapi....

Ape tu? Hehehehe..

Kali ni nak kongsi cerita tentang makanan kegemaran isteri yang tersayang.  Selalunya kalau pergi kedai makan, Cik Ajaku akan order menu ni.  Kalau tak pun nasi goreng kampung.  Itu jekla ulang2..Satu hari tu terfikir nak try buat sendiri menu ni.  Jadi ape lagi, gunakan teknologi yang ada..Kita tanya Mr. Google, dan dapatlah resepi dari sini . Cuma adela ubah2 sikit ikut kesesuaian..Hasilnya memang tak mengecewakan si penggemarnya itu..Suka sangat Cik Ajaku makan.  Si dia suka, saya lagilah gembira.. Berkobar-kobar nak try menu lain pula. hehehe...

Terimalah Kue Teow Kung Fu  kegemaran isteri tersayang saya itu..Ade juga orang panggil Kue Teow HongKong..Jeng..Jeng..jeng...
Nyum-nyum..Jemput makan..Eh tapi kenapa mcm kue teow ladna je..haha





Zoom sikit

 Lepas makan, bolehlah berkung fu pula.. he he he. Jom try masak!

Khamis, 16 Jun 2011

Balik Kluang, Muar & Kenduri

Cuti sekolah baru ni kitrg balik Kluang..2 minggu berturut2 balik Kluang. Minggu pertama balik sebab kebetulan nak pergi kenduri kahwin seorang sahabat di Benut, Pontian (4hb Jun). Dah alang2 nak ke sana, wajiblah balik kg jumpa mak & abah mertua kan..Masa balik minggu pertama ni, anak2 buah x balik lagi. Anak2 abang yazid semuanya balik ke rumah atuk bawah derang sebab atuk bawah buat kenduri hari ahadnya (5hb).  'Atuk bawah' adelah gelaran untuk mak mentua abg Yazid (abg iparku). Rumah mak mentuaku dengan rumah mak mentua abg Yazid ni sebaris jek..Rumah mak mentuaku di hujung sini (atas bukit).  Rumah mak mentua abg yazid tu di hujung sana(bawah bukit). Sebab tu la dipanggil 'atuk bawah'..Kalau sebut 'atuk atas', tu merujuk kepada rumah mak mentuaku la tu. Itula kisahnye.. Emm..jadi minggu pertama balik tu cuma pergi kenduri n duduk rehat2 saja di rumah. Petang sebelum balik ke KL tu, sempatlah merasa nasi ambeng kegemaranku..he he..untung kalau balik Kluang time ade orang buat kenduri ni sebab kebanyakan orang suka buat nasi ambeng..

Oh ye, 5hb Jun adalah 1st Anniversary perkahwinan kami..Macam baru jek lagi bernikah pada tarikh & tempat yang sama..Rupanya dah setahun dah..Alhamdulillah syukur dengan nikmat & kebahagiaan yang dikurniakan kepada kami.  Semoga kebahagiaan dan kasih sayang kami akan terus mekar & harum mewangi di samping rezeki dan kebaikan yang berterusan dikurniakan ke pada keluarga kami. Amiin..

Minggu kedua balik kampung di musim cuti sekolah ni barulah dapat jumpa semua adik beradik & anak2 buah..Memang meriah macam nak raya. Semua orang balik sebab mak mentuaku buat kenduri kesyukuran sempena 1st anniversary kami..Eh eh perasan pula...Takdela, sebenarnya buat kenduri untuk untuk arwah kaum keluarga yang telah mengadap Illahi.  Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat..amin..Kenduri hari Khamis (9hb), jadi lepas kerja hari Rabu (8hb) kitorang terus gerak ke Kluang.Memang seperti yang dijangka, menu utama untuk kenduri adalah nasi ambeng..Yahoo..puas makan nasi ambeng.

Hari Sabtunya, kitorang semua bergerak ke Muar pula untuk kenduri kahwin saudara sebelah bapa mertuaku..Lepas kenduri kahwin, terus gerak ke kampung mak mertuaku di Kg Sri Jaya, Muar untuk kenduri arwah sekali lagi..Kenduri sebelah malam, tapi kami sampai awallah untuk tolong masak-masak. Wah seronok juga menolong masak-masak di kampung ni..Boleh belajar memasak masakan orang jawa. hehe. Menu sekali lagi adalah NASI AMBENG. nyum2..

Hari Ahad bali ke Bukit Mahkota. Pukul 1 petang dah sampai rumah.. Penat tapi seronok makan nasi ambeng..Yahoo..Gambar ade sikit2 tapi upload lain kalilah sebab line internet slow sangat. arrrrr itulah punca malas kemaskini blog ni.

Ok, itu je untuk setakat ini..Tata..titi..tutu..

Isnin, 6 Jun 2011

Setelah sekian lama....

Setelah sekian lama blog ni x berupdate..
Terimalah.



..




..
..






:::::


Happy 1st Anniversary Sayang...Nanti kita ke sini lagi ye :).

p/s: kalau internet ok, idea ada, saya akan update lagi.
Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...