Khamis, 16 Jun 2011

Balik Kluang, Muar & Kenduri

Cuti sekolah baru ni kitrg balik Kluang..2 minggu berturut2 balik Kluang. Minggu pertama balik sebab kebetulan nak pergi kenduri kahwin seorang sahabat di Benut, Pontian (4hb Jun). Dah alang2 nak ke sana, wajiblah balik kg jumpa mak & abah mertua kan..Masa balik minggu pertama ni, anak2 buah x balik lagi. Anak2 abang yazid semuanya balik ke rumah atuk bawah derang sebab atuk bawah buat kenduri hari ahadnya (5hb).  'Atuk bawah' adelah gelaran untuk mak mentua abg Yazid (abg iparku). Rumah mak mentuaku dengan rumah mak mentua abg Yazid ni sebaris jek..Rumah mak mentuaku di hujung sini (atas bukit).  Rumah mak mentua abg yazid tu di hujung sana(bawah bukit). Sebab tu la dipanggil 'atuk bawah'..Kalau sebut 'atuk atas', tu merujuk kepada rumah mak mentuaku la tu. Itula kisahnye.. Emm..jadi minggu pertama balik tu cuma pergi kenduri n duduk rehat2 saja di rumah. Petang sebelum balik ke KL tu, sempatlah merasa nasi ambeng kegemaranku..he he..untung kalau balik Kluang time ade orang buat kenduri ni sebab kebanyakan orang suka buat nasi ambeng..

Oh ye, 5hb Jun adalah 1st Anniversary perkahwinan kami..Macam baru jek lagi bernikah pada tarikh & tempat yang sama..Rupanya dah setahun dah..Alhamdulillah syukur dengan nikmat & kebahagiaan yang dikurniakan kepada kami.  Semoga kebahagiaan dan kasih sayang kami akan terus mekar & harum mewangi di samping rezeki dan kebaikan yang berterusan dikurniakan ke pada keluarga kami. Amiin..

Minggu kedua balik kampung di musim cuti sekolah ni barulah dapat jumpa semua adik beradik & anak2 buah..Memang meriah macam nak raya. Semua orang balik sebab mak mentuaku buat kenduri kesyukuran sempena 1st anniversary kami..Eh eh perasan pula...Takdela, sebenarnya buat kenduri untuk untuk arwah kaum keluarga yang telah mengadap Illahi.  Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat..amin..Kenduri hari Khamis (9hb), jadi lepas kerja hari Rabu (8hb) kitorang terus gerak ke Kluang.Memang seperti yang dijangka, menu utama untuk kenduri adalah nasi ambeng..Yahoo..puas makan nasi ambeng.

Hari Sabtunya, kitorang semua bergerak ke Muar pula untuk kenduri kahwin saudara sebelah bapa mertuaku..Lepas kenduri kahwin, terus gerak ke kampung mak mertuaku di Kg Sri Jaya, Muar untuk kenduri arwah sekali lagi..Kenduri sebelah malam, tapi kami sampai awallah untuk tolong masak-masak. Wah seronok juga menolong masak-masak di kampung ni..Boleh belajar memasak masakan orang jawa. hehe. Menu sekali lagi adalah NASI AMBENG. nyum2..

Hari Ahad bali ke Bukit Mahkota. Pukul 1 petang dah sampai rumah.. Penat tapi seronok makan nasi ambeng..Yahoo..Gambar ade sikit2 tapi upload lain kalilah sebab line internet slow sangat. arrrrr itulah punca malas kemaskini blog ni.

Ok, itu je untuk setakat ini..Tata..titi..tutu..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...