Isnin, 28 Mac 2011

Big Shot Cheesy Pops..

Tadi petang lepas jer pulang dari kerja, kitoragn trus g Pizza Hut try Big Shot Cheesy Pops.. memang sedap.. cicah pulak ngan sos cili life mengancam sungguh rase die.. g lah korang try gerenti xnyesal..
Kitorsng mkn yg untuk 2 orang jer, ni salah ambil gmbar, hee..
Jemput2 makan..

Ni tak termasuk dalam set die, tambah lain..

Selasa, 22 Mac 2011

Hari Penyampaian Anugerah Sijil dan Diploma KEMAS

Hari ini, adik Ku Imaa akan menerima Anugerah yang diadakan di INFRA Bangi.. Jam 730 kami dah ada di sana untuk ambil tiket masuk dewan.. Kami berdua suami isteri mewakili Mak dan Abah yang tak dapat datang di Majlis ni.. Tahniah buat Imaa dari Abg, Akaknya Aja, Mak Abah, Abg Sham dan isteri serta seluruh keluarga.. Berseri jugak majlis dengan adanya persembahan Koir oleh Student UKM dan adanya persembahan memperagakan pakaian oleh Pelajar2 dari KEMAS Sri Iskandar Perak, Imaa juga terlibat..
Persembahan Koir Student UKM

Imaa peragakan fesyen pakaian pejabat
Terima Anugerah
Peace..
Tengah bosan duk menunggu VIP..
Tahniah Imaa..
Bergambar depan Dewan INFRA
Demo membuat pakaian..
Mesin Sulam Berkomputer..
Demo menggubah bunga dari buah2an dan ada juga jualan kueh dan kek..

Selasa, 15 Mac 2011

Jepun dilanda Gempa Bumi dan Badai Tsunami

Sekali lagi bumi bersuara.. Kini di Jepun pula dilanda gempa bumi dan badai tsunami.. Dikhabarkan sudah lebih 2,000 mangsa telah ditemui mati, sungguh menyayat hati.. Kita sebagai manusia yang prihatin jangan lupa membantu semampu yang boleh.. Sama2 kita berdoa supaya keadaan menjadi lebih baik dan supaya semuanya akan selamat..

Bencana alam kini sering berlaku.. Gempa bumi kerap terjadi, tsunami turut menyusul, panas terik menyebabkan kebakaran telah merata tempat berlaku, glasier di Kutub mencair dan macam2 lagi.. Serba banyak pasti membuatkan kita berfikir selama mana lagi bumi ini akan bertahan dan mampukah kita sebagai manusia ni mententeramkan semua yang berlaku? Tanda-tanda dari-Nya telah ditunjukkan hari demi hari.. Yang pasti ketentuan Allah itu tetap akan terjadi, cuma masa yang menentukan samaada kita yang akan menempuhnya atau generasi2 mendatang yang akan melaluinya.. 

Semoga kita mengambil iktibar serta sabar atas ujianNya.. belum terlambat untuk kita melakukan sesuatu dan berubah menjadi hamba-Nya yang taat. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...