Isnin, 13 September 2010

Ceritera Raya 2010

Tahun ini, Raya Aidil Fitri bertambah meriah dan bermakna dengan kehadiran teman teristimewa Cik Aja Ku. Semoga kemeriahan ini berkekalan dengan izin-Nya. Amin. Sehari sebelum tibanya hari raya, kami keluar ke bandar Pekan untuk membeli sedikit lagi keperluan beraya yang belum lengkap. Sebelum membeli barang untuk raya sempat lagi singgah di sekitar bandar Pekan untuk bergambar sekeping dua. Jom layan gambar2 yang ada..
Panas ke cik kak? kesian, dipaksa berjemur..hehe
kat dataran pekan
Banner Hari Merdeka yang belum ditanggalkan lagi.
Lepas membeli belah apa-apa yang patut, kami terus ke rumah aki & makwan untuk masak2 sikit n jumpa budak kecik 2 orang ni..

Wani & Wafiq
Hasil lukisan Wani & Wafiq &Ima
Dapat juga merasa makan sotong sumbat balik kampung kali ini. Ima siap beli sotong lagi untuk mak buatkan.  Kami sama2 mengidam sotong sumbat rupaya..Memang ada chemistry la..Adik beradik la katekan..Sotong sumbat mak buat memang sedap.

Pulut, sotong dan pencungkil gigi yang belum digunakan. Itu tangan Cik Aja Ku.
Sotong yang telah disumbat pulut dan dikelim dengan toothpick.
Ini pulak santan, bawang, halia, garam, serai dan halba. Sotong2 tadi tu kene masukkan dalam ni n masak. Cik Aja Ku kene belajar ni tau. :p
Setiap kali raya, satay memang disediakan untuk juadah keluarga, tahun ini juga tidak ketinggalan dan berlebih sedikit untuk keluarga di Kluang. Cik Aja Ku banyak membantu menyediakan bahan-bahan. Mak ngan Ima pun tolong jugak..Terima kasih semua..
Potong daging & ayam nak buat satay
Sebelum dicucuk2.
Selepas dicucuk2.

tulang2 ayam ni untuk dibuat sup.

Pada Hari Raya Pertama, seperti biasa, pagi2 dah ke masjid untuk menunaikan solat Aidil Fitri. Balik ke rumah bersalaman dan bermaafan serta bersarapan. Lepas tu terus ke rumah Aki & Makwan di Kampung Pasir Panjang. Memandangkan hari ini hari Jumaat, rasa seperti cepat masa berlalu. So kitorang ( aku, Cik Aja Ku dan Ima ) terus bergerak menziarahi ke rumah sanak saudara yang berada di pekan ( hari ini je yang sempat beraya, di Pekan, lewat mlm nanti nak pergi Kluang dah ). Adalah 6 buah rumah sanak saudara yang sempat kitorang berkunjung untuk kutip duit raya.
Di rumah aki makwan ni, sarapan nasi dagang yang marvellous di pagi raya.

Oh ye, pagi tu, masa on the way nak pergi beraya rumah sanak saudara tu, kitorang sempat singgah  ke Istana Terbuka Sempena Raya Aidil Fitri di Istana Raja Pekan Pahang. Daulat Tuanku (3x). Datang lewat, nak beratur bersalam dengan Tuanku untuk dapatkan duit raya pun dah terlepas. So kitorang datang makan jelah, pelbagai hidangan dan kuih-muih yang disediakan. 

Cik Aja Ku & Ima adikku bergambar di hadapan pintu pagar istana.
Kami pakai baju nikah kami jek..Jimat..hehe
Ececeh, gembira nak collect duit raya dari Sultan Pahang la tuh.
Ramainye orang..
Waktu ni Tuanku Sultan Pahang sedang bersalaman dengan rakyat jelata yang beratur panjang.
Banyaknye kek yang dihidangkan.
Dah habes beraya, kitorang pun balik ke rumah semula. Jam 9:30 malam, kitorang dah bersiap untuk  berangkat ke Kluang Johor plak. Lebih kurang jam 1:30 pagi selamat tiba di rumah keluarga Kluang. Sampai je rumah, terus tidur ( esok pagi nak bertolak ke Muar pulak. Ada perjumpaan keluarga sempena Hari Raya ).


Hari Raya ke-2, pagi-pagi kitorang bertolak ke Muar, Johor.Muar ni adalah kampung mak n abah Cik Aja Ku.
Wana, Fifi dan hadhirah
Dah sampai..wah siap ada khemah tue.
Cik Leha, Cik Latip & Cik Jenal yang gigih memasak untuk hidangan pada hari tu.
Sesi ucapan makcik2 dan pakcik2..sedih jugak time ni.
Pakcik2, sepupu2 n abah mertuaku (baju biru)..hehehe
Sedara mara..eh Cik Aja Ku tu tengok ape tu?
Ok, dah boleh makan..Jom beratur..
Sambil makan, sambil borak.
Kami  suami isteri makan pengat..sedap..Cik Aja Ku makan 3 round. :D
Hadhirah & Aisy Naufal (adik beradik tembam) :D
Syaheer & Cik Leha
Adik beradi mak yang masih ada.
Ramai x? Ni baru separuh ni..ada lagikkkk....
Beratur dulu sebelum dapat duit raya..
Fify pun nak jugak!!
Beraya umah Wak Man pula. (abang sulung abah mertuaku)
Kuih raya. makan3..
Makan2..borak2..
Kira-kira jam 5:15 petang, kami bergerak pulang ke Kluang semula setelah selesai menziarah keluarga di Muar Johor. Sampai di rumah lebih kurang jam 7:45 malam. Selepas waktu isyak, Acik dan Azam membakar satay pula di rumah.

Satay2..rm0.40 sebatang..mari3..
Nyum! menyelerakan..tapi ada hangus sikit
Raya ketiga pula, kami semua hanya duduk2 berehat saja di rumah. Malam tu sempat lagi bakar satay lagi untuk yang x sempat merasa semalamnya..Kali ni ditambah lagi dengan ayam bakar..sedap. tapi lupa la pulak nak ambil gambarnya. Pagi tu dalam jam 12.45 pagi kitorang gerak balik ke Bukit Mahkota. Saje jek balik lewat2 untuk elakkan jem..Alhamdulillah, sampai kat rumah dalam jam 3.30 pagi. Maka tamatlah kisah raya 3 hari kami..Lepas ni sambung raya di KL pula..raya kan sebulan..

Last sekali, di kesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Jemputlah datang ke rumah sewa kami di Bukit Mahkota untuk beraya..tapi inform dulu bile nak datang supaya leh kemas2 supaya bila korang datang tu, kitorang memang ada kat rumah. yek?




























Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...