Ahad, 18 April 2021

RAMADAN SUDAH HARI KE- 6

 Alhamdulillah, sudah di dalam Ramadan.

Masih belum terlambat nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua. Semoga kita semua mendapat kebaikan dan supaya doa kita dimakbulkan. Disamping kita jangan lupa berdoa setiap hari moga Allah mengangkat kembali segala musibah yang menimpa negara kita harini iaitu PENDEMIK COVID19.  

Ramadan kali ni, masih ada bazar, masih ada jualan kuih- muih, masih ada baju Melayu dan Baju Kurung, masih ada tarawih di Masjid dan lain- lain lagi, cumanya kena ikut SOP supaya penularan COVID19 boleh dibendung. 2 3 hari ini kes terus meningkat ke angka 2000++, masih berharap akan ada penurunan menjelang Raya Aidil Fitri yang tidak lama lagi. 

Kesempatan ini, saya nak mengucapkan BERIBU KEMAAFAN KEPADA PEMBACA SEMUA, JIKA ADA SEBELUM INI TERSALAH KATA TERGURIS RASA, MAAF DIPINTA.




Jumaat, 9 April 2021

COUNTDOWN RAMADAN 1442H

Dengan izin Allah, insyaAllah akan bertemu Ramadan al Mubarak Tahun ini 2022. Moga kebaikan untuk kita semua dan harapan yang tinggi agar segala musibah yang berlaku beberapa tahun ini iaitu pendemik Covid19 akan hilang sepenuhnya.

Kebiasaannya bagi tahun- tahun sebelum berlakunya ancaman Covid19 ini, kita tentu akan mengambil cuti untuk balik ke kampung untuk berpuasa bersama ibubapa pada awalnya, tetapi alangkah sedih sudah 2 tahun tidak merasa suasana tersebut. Moga2 hujung ramadan ataupun raya dapatlah kita balik ke kampung beraya bersama ibubapa dan keluarga tercinta. InsyaAllah.

Bagaimana persiapan ramadan kali ini? Semestinya ala kadar rasanya memandangkan cara kehidupan kita sedikit sebanyak berubah dipengaruhi dengan ‘Norma Baru’. 

Statistik harian kes Covid19 di Malaysia kini menunjukkan kadar naik turun yang suam2 sahaja dengan purata 1100 kes setiap hari dalam tempoh sebulan ini. Moga2 akan terus mendatar dan menurun.

Apa2pun, jangan lupa yang KITA MASIH BELUM MENANG’ teruskan dengan cara norma baru.

Ok, diucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK.

Saya Syahrul Wahyudin, Tusted Takaful Advisor, Great Eastern Takaful Berhad

KLIK DI SINI

Jumaat, 23 Ogos 2019

2019 - Good to Start Now..

InsyaAllah, dalam tempoh terdekat ini, akan dibuka semula gerai jualan Satay Junjung Kasih, haha.. Komersil nama tu tak?

Maybe jualan harian dari lepas asar sehingga 1130 mlm..

Tarikh mula dibuka masih dirahsiakan, insyaAllah akan dimaklumkan..

Mohon doa semua ye.

Khamis, 7 September 2017

2017 KINI MENGHAMPIRI 2018

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik sudah hampir tahun 2018 berbaki beberapa bulan saja lagi.  Moga- moga rahmat Allah tetap diturunkan kepada kita.

Betul- betul lama sudah tidak menulis dalam blog ni.  Maaflah kalau membuatkan blog ni sunyi sepi walaupun tak adalah sangat yang menarik dalam ni.  Haha.

InsyaAllah kalau ada ruang masa diberikan,  saya akan berkongsi idea,  perjalanan dan apa sahaja yang menarik.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

DAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selasa, 9 Disember 2014

DULU, KINI DAN SELAMANYA

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk saya menulis sedikit ucapan kepada yang membaca. Telah lama tidak berpeluang untuk menulis memandangkan kesibukan.

Apa-apapun saya cuba untuk kembali menulis dan memenuhi blog ini dengan warna- warni kehidupan saya dan keluarga serta mungkin dengan sentuhan berita, cerita, ilmu dan yang seumpamanya yang boleh kita kongsi bersama dan memberi manfaat.

InsyaAllah saya akan mengemaskini blog ini dan dalam masa terdekat saya akan ubah sedikit penampilan kepada blog ini.

Kepada yang membaca, saya doakan kalian terus sihat dan diberkati perjalanan dan perjuangan kalian.

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...